
Dalam memilih pakaian, kita hendaklah menjadi diri kita yang sebenar. apa yang saya maksudkan disini adalah, apabila kita berpakaian maka kita hendaklah mengetahui apakah kesesuaian pakaian kita dengan majlis yang akan dihadiri.
Pakaian tidak semestinya mahal. Ada dikalangan mereka yang bergaya dengan pakaian yang mahal tetapi orang memandangnya 'biasa-biasa ' sahaja. Ada juga sebahagian orang ( yang saya kenali) memilih pakaian yang tidak mahal bahkan masuk dalam kategori murah namun pakaiannya itu nampak elegan seolah=-olah dibeli di butik terkenal.
dalam berhias, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kekemasan dan keselesaan. Janganlah pula kerana ingin bergaya kita menyiksa diri sendiri dengan pakaian yang merimaskan. Berhiaslah untuk kelihatan cantik dan kemas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.
bagi yang beragama Islam, pakaian paling menarik adalah yang menutup aurat. tidak salah bergaya dengan tudun bahkan denan tudung, diri kita akan kelihatan kemas dan menawan sekiranya bijak menggayakan serta pandai menyesuaikan warna.
Monday, April 14, 2008
kita adalah kita
Posted by Major Zainal at 11:46 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment