Monday, April 14, 2008

kita adalah kita


Dalam memilih pakaian, kita hendaklah menjadi diri kita yang sebenar. apa yang saya maksudkan disini adalah, apabila kita berpakaian maka kita hendaklah mengetahui apakah kesesuaian pakaian kita dengan majlis yang akan dihadiri.

Pakaian tidak semestinya mahal. Ada dikalangan mereka yang bergaya dengan pakaian yang mahal tetapi orang memandangnya 'biasa-biasa ' sahaja. Ada juga sebahagian orang ( yang saya kenali) memilih pakaian yang tidak mahal bahkan masuk dalam kategori murah namun pakaiannya itu nampak elegan seolah=-olah dibeli di butik terkenal.

dalam berhias, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kekemasan dan keselesaan. Janganlah pula kerana ingin bergaya kita menyiksa diri sendiri dengan pakaian yang merimaskan. Berhiaslah untuk kelihatan cantik dan kemas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

bagi yang beragama Islam, pakaian paling menarik adalah yang menutup aurat. tidak salah bergaya dengan tudun bahkan denan tudung, diri kita akan kelihatan kemas dan menawan sekiranya bijak menggayakan serta pandai menyesuaikan warna.

Sunday, April 13, 2008

Anggun Bersama Fesyen Terkini


Ramai dikalangan masyarakat kita terlalu terikat dengan fesyen yang selama ini digayakan.Ada yang ingin mencuba mengubah gaya penampilan namun tersa 'kekok' seolah olah mereka akan menjadi objek pandangan masyarakat.

apa yang penting anda bebas untuk bergaya. Bagi wanita Islam selagi mana fesyen anda tidak menyalahi syarak, anda bebas untuk memilih mana-mana fesyen sekalipun. Dalam satu hadis baginda SAW menyatakan bahawa "Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan" Nah .... kalau tuhan suka kepada kecantikan apakah makhluknya tidak suka?

Sunday, March 23, 2008

Berani Serlahkan Keterampilan

Ramai dikalangan kaum adam dan hawa yang ingin bergaya dengan fesyen terkni, namun mereka segan untuk menggayakannya. Ada juga yang terlalu berani menggayakan fesyen tetapi pemilihan busana dan aksesori langsung tidak kena dengan gaya. Dalam ruangan ini, saya akan membicarakan soal penampilan serta cara memilih fesyen busana dan aksesori yang sepadan agar ianya dapat menyerlahkan keanggunan anda dalam menggayakan fesyen terkini.






Ruangan ini juga akan membicarakan soal fesyen bagi kanak-kanak agar mereka ditampilkan mengikut kesesuaian umur mereka. Semua gaya dan fesyen yang akan diketengahkan adalah mengikut garis panduan syariat Islam. kami juga mengalu-alukan pandangan dan kritikan dari para pembaca bagi meningkatkan lagi kualiti persembahan kami ini....



Ikhlas daripada
Nal & Bella